Pages

Thursday, May 10, 2012

Kontinjen Negara Ke Olimpik London 2012 Lebih Berkualiti - Ahmad Shabery

PETALING JAYA, 10 Mei (Bernama) -- Kontinjen negara yang akan bertanding di Sukan Olimpik London disifatkan lebih berkualiti meskipun mempunyai jumlah atlet lebih kecil berbanding penyertaan ke Olimpik Beijing empat tahun lepas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Malaysia mempunyai peluang untuk meraih lebih banyak pingat kali ini dan harapan tidak lagi hanya disandarkan pada sukan badminton semata-mata.

"Mungkin kita akan nampak kontinjen Malaysia kecil semasa perbarisan kerana bilangan atlet yang sedikit, tetapi setelah bersaing kita akan nampak kebolehan pasukan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kempen Road to London 100Plus dan Majlis Sukan Negara (MSN) Untuk Menyokong Pasukan Malaysia 2012.

Turut hadir Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong serta atlet negara ke Olimpik iaitu jaguh badminton Datuk Lee Chong Wei, beregu badminton Goh Liu Ying/Chan Peng Soon dan atlet lawan pedang Yu Peng Kean.

Sehingga kini, seramai 26 atlet acara badminton, terjun, berbasikal, memanah, menembak, lawan pedang dan angkat berat negara melayakkan diri ke Olimpik London pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...