Pages

Monday, May 28, 2012

Farkhan Terpaksa Lupakan Olimpik London Walaupun Dapat Wild Card

JOHOR BAHARU, 28 Mei (Bernama) -- Sekiranya mendapat wild card untuk beraksi di Sukan Olimpik London Julai ini, petinju middle weight kebangsaan Muhamad Farkhan Mohd Haron yang dibelasah sekumpulan lelaki 6 Mei lalu terpaksa melupakan impian itu.

Ini kerana beliau perlu menjalani rawatan pemulihan untuk tempoh enam bulan bagi kecederaan yang dialaminya termasuk rusuk dan tulang pipi.

"Saya memerlukan masa enam bulan untuk pulih. Ini merugikan kerana kalau dapat wild card saya tidak akan dapat bermain pada Olimpik London itu nanti," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Beliau berharap pihak polis dapat menyegerakan siasatan agar tindakan perundangan dapat diambil ke atas mereka yang terlibat.

"Saya harap pihak polis menyiasat kes ini dengan segera. Saya mahukan keadilan," katanya yang keluar hospital dua minggu selepas kejadian itu.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...