Pages

Monday, May 28, 2012

Dutch Lady Pecah Rekod Guinness Bagi Gelaran 'Sorakan Terbanyak Dalam Rakaman Beramai'

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Dutch Lady Milk Industries Bhd telah memecah Rekod Dunia Guinness bagi gelaran 'Sorakan Terbanyak dalam Rakaman Beramai' dengan sejumlah 10,130 sorakan.

Rekod sebelum ini ialah 9,621 yang dicipta tahun lepas oleh Virgin Money di London.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Dutch Lady berkata lebih 3,000 orang meraikan Hari Susu Sedunia dan menyaksikan Rekod Dunia Guinness itu di pecahkan pada Ahad.

Pengarah Urusannya, Rahul Calaco, berkata perayaan Hari Susu Sedunia itu bertujuan bukan sahaja untuk menyebarkan tentang kebaikan susu, malah juga untuk menyokong kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 London.

"Percubaan itu bermula pada 24 April, 2012 apabila Dutch Lady mengundang sorakan 'Go Malaysia, Go!' daripada sesiapa sahaja yang ingin menyokong kontinjen Malaysia itu.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...