Pages

Wednesday, May 30, 2012

PKBM - Tunggu penilaian Beasley

Muhammad Adiq Husainie Othman pilihan utama ke Olimpik London. 
 
KUALA LUMPUR - Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) perlu menunggu laporan daripada jurulatih mengenai prestasi setiap pelumba lebuh raya sebelum boleh menyenaraikan mereka secara rasmi ke Olimpik London.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd. Wahab berkata, ia merupakan sebab badan induk berbasikal negara itu terpaksa melanjutkan tempoh mengumumkan dua nama pelumba ke Olimpik.

Menurutnya, ketika ini terdapat beberapa pelumba yang berada dalam senarai pendek berada di luar negara bersama kelab yang mereka sertai dan PKBM akan menilai laporan setiap jurulatih pasukan terlibat pada mesyuarat pemilihan yang bakal diadakan pada 15 Jun ini.

"Kita mahu membuat keputusan yang adil agar tidak timbul isu berbangkit berhubung pemilihan pelumba lebuh raya ke Sukan Olimpik.

"Ketua jurulatih John Beasley turut akan berada dalam mesyuarat pemilihan nanti bagi menilai secara adil pelumba yang benar-benar layak," kata Abu Samah.

Kelmarin PKBM diberikan kebenaran oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk menangguhkan pengumuman rasmi dua pelumba lebuh raya ketika badan sukan lain yang telah melayakkan diri ke Olimpik sudah mengumunkan senarai atlet mereka.

Badan induk berbasikal negara itu dibenarkan untuk mengumumkan nama atlet tersebut sehingga 16 Jun ini.

Sementara itu, Abu Samah berkata, Beasley bakal memikul tugas sebagai jurulatih bagi acara trek dan lebuh raya pada temasya Olimpik kali ini.

"Kita memperoleh kuota yang tidak begitu banyak untuk pegawai, sebab itu Beasley dipertanggungjawabkan untuk membimbing dua acara tersebut ketika Sukan Olimpik nanti.

"Saya juga yakin penangguhan pengumuman nama pelumba lebuh raya tidak mengganggu persiapan menghadapi Sukan Olimpik," katanya.

Mengikut ranking lima senarai pendek pelumba lebuh raya untuk ke Olimpik, Muhammad Adiq Husainie Othman masih menjadi pelumba pilihan berdasarkan pretasi semasa.

Calon kedua ialah pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd. Harrif Salleh manakala calon ketiga dan keempat pula ialah Zamri Salleh dan Amir Mus tafa Rusli.

Pakar pecut negara Anuar Manan untuk di senaraikan ke Olimpik agak kabur dan menjadi pilihan terakhir.



Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...