Tambahan pula, dia mengakui adakalanya agak kepenatan melayan permintaan wartawan terutama sekali dari luar negara.
Semalam di Lapang Sasar Menembak Subang, Suryani terpaksa menghabiskan masa lebih sejam melayani pertanyaan panjang berjela koresponden BBC yang berpangkalan di Bangkok menjelang persiapannya ke Sukan Olimpik London.
Menurut Suryani, dia sepatutnya ditemu bual dua lagi media luar - dari Singapura dan Rusia, namun disebabkan kepenatan dan mahu fokus dalam latihan, temu janji itu terpaksa dibatalkan.
“Saya sudah bincangkan perkara ini dengan pengurus pasukan, Muzli Mustakim mungkin akan mengadakan satu sidang media sebaik tiba di London nanti, di mana semua media dari pelbagai negara boleh bertanyakan soalan tetapi selepas majlis tersebut berakhir saya minta tidak mahu diganggu kerana mahu fokus kepada aksi Olimpik," katanya kepada wartawan tempatan, semalam.
Koresponden BBC untuk rantau Asia Tenggara, Jonah Fisher tidak melepaskan peluang untuk menemubual Suryani dengan lebih terperinci kerana atlet hamil beraksi pada Sukan Olimpik merupakan satu perkara yang sangat unik.
“Saya sebenarnya tidak sampai hati untuk menolak pelawaan media tempatan mengadakan sesi temu bual ataupun tidak menjawab panggilan telefon tetapi saya akui situasi seperti ini (hamil) amat memenatkan saya.
“Saya juga berasa pelik dengan tumpuan yang diberikan ini, ketika beraksi di Piala Dunia London baru-baru ini ramai atlet bertanyakan kepada saya anda tentu seorang penembak yang paling terkenal di Malaysia," kata penembak berpangkat Leftenan Muda Tentera Laut Diraja Malaysia (LTDM)
Sebelum ini ada yang menganggap Suryani sebagai mementingkan diri tetapi itu semua bukan faktor yang akan menjejaskan tumpuannya menjelang Sukan Olimpik yang akan bermula pada 27 Julai hingga 12 Ogos ini di London.
“Fokus saya bukan untuk mengejar pingat tetapi saya yakin sekiranya mampu untuk meledakkan pencapaian terbaik keputusan itu pasti akan menjelma kemudian jika saya menang emas ia seperti saya memenangi dua pingat emas dan pasti saya akan berkongsi dengan anak saya," katanya.
Tambahnya, dia tidak fikir untuk menang cuma fokus untuk memberikan tembakan tepat dan sekiranya berjaya, hasil yang baik akan dicapai. Suryani akan ditemani suaminya, Marhazli Mhotar di temasya yang berlangsung empat tahun sekali itu.
Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
0 comments:
Post a Comment