Pages

Monday, July 30, 2012

Belum ada petanda pingat

GANDINGAN Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kurang diberi perhatian untuk menyumbang pingat pada temasya di London ini.

Nama mereka agak tenggelam. Mungkin disebabkan prestasi yang kurang meyakinkan pada beberapa kejohanan siri super sepanjang tahun ini.

Mereka juga tidak disena- raikan sebagai prospek pingat pada temasya kali ini berbanding pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.

Namun, gandingan Kien Keat-Boon Heong tidak menghiraukannya dan memilih untuk berdiam diri sehinggalah kempen mereka pada temasya kali ini bermula.

Kelmarin, mereka tampil membuktikan bahawa mereka masih beregu yang harus disegani.
Selepas mengharungi dua perlawanan pada peringkat Kumpulan D, gandingan Kien Keat-Boon Heong seolah-olah ada sesuatu yang mahu dibuktikan.

Mereka menang kedua- dua perlawanan setakat ini, sekali gus melangkah ke pusingan suku akhir.
Kelmarin, mereka meneruskan rentak cemerlang untuk mengukir kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan D apabila menumpaskan wakil Amerika Syarikat, Howard Bach- Tony Gunawan 21-12, 21-14 pada aksi di Wembley Arena, London.

Kemenangan itu sudah memastikan tempat mereka ke suku akhir tetapi perte- muan menentang Chun Jae-sung/Lee Yong-dae (Korea Selatan) awal pagi esok bakal menentukan juara kumpulan.
Pengurus pasukan yang juga setiausaha Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai menjelaskan bahawa masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang peluang Kien Keat-Boon Heong pada temasya kali ini.

"Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang peluang meriah pingat. Dengan menjuarai kumpulan D baru boleh menggerakkan impian seterusnya," kata Chin Chai.

Turut beraksi kelmarin ialah beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tetapi mereka tumbang kepada beregu pilihan dari China, Chen Xu-Jin Ma 14-21, 8-21 pada saingan peringkat Kumpulan D.
Selepas tewas kepada Taiwan pada perlawanan pertama dua hari lalu, pelu- ang Peng Soon-Liu Ying untuk melangkah ke pusingan suku akhir nampak sudah tertutup.

Bagi acara lawan pedang pula, Yu Peng Kean yang mencatat sejarah sebagai wakil negara yang pertama dalam acara berkenaan sekadar berjaya melangkah ke pusingan kedua sebelum disingkirkan oleh atlet ranking kelima dunia, Szilagyi Aron dari Hungary.

Pada pusingan pertama, Peng Kean menewaskan atlet Mesir, Zeid Mannad dengan 15-12.
Bagi acara 3 meter papan anjal seirama, pasangan Cheong Jun Hoong-Pandelela Rinong hanya berkedudukan kelapan dengan 283.5 mata.

Selepas temasya London ini memasuki hari kedua kelmarin, masih belum ada petanda kehadiran pingat.
Meskipun badminton antara sukan yang diramalkan mampu menyumbang pingat tetapi tetap tidak boleh diberikan harapan yang terlalu tinggi.

Ini kerana, lawan mereka pada peringkat kumpulan boleh dikatakan mudah.
Mereka belum diuji sepe- nuhnya dan atas alasan itu, maka hadir kebimbangan dalam kalangan pegawai kontinjen negara.

Bagi Ketua Kontinjen negara ke Sukan Olimpik, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, beliau menyifatkan persembahan atlet negara setakat ini agak memberangsangkan.

"Atlet kita perlu meneruskan rentak cemerlang terutama dalam acara badminton yang setakat ini agak memuaskan.

"Walaupun ada dalam kalangan mereka mengalami kekalahan seperti acara beregu campuran, saya tetap bangga dengan prestasi mereka.

"Ini merupakan penampilan mereka yang pertama pada Olimpik tetapi mampu memberikan saingan.
"Demikian juga dengan pelumba kita (Adiq Husainie dan Amir Mustafa Rusli) bagi acara berbasikal.
"Ini pengalaman pertama mereka dan saya yakin mereka banyak menimba pengalaman daripada temasya ini, sekali gus membantu meningkatkan prestasi mereka," kata Sarji.



- KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...