Pages

Monday, July 30, 2012

Adiq: Saya memang kecewa




PERSIAPAN rapi sejak tahun lalu bagi menghadapi Sukan Olimpik di London ini gagal membantu dua pelumba negara, Mohd. Adiq Hussainie Othman (gambar) dan Amir Mustafa Rusli untuk memberi cabaran dalam acara lebuh raya pada temasya kali ini.

Kelmarin, kedua-dua pelumba yang membuat penampilan sulung pada temasya edisi ke-30 ini gagal menamatkan perlumbaan selepas diarah menarik diri apabila keting- galan 18 minit di belakang penda- hulu.

Perasaan kecewa tidak dapat disembunyikan kerana mereka tidak dibenarkan meneruskan perlumbaan walaupun perlumbaan tersebut hanya tinggal beberapa kilometer sahaja lagi untuk ditamatkan.
"Saya memang kecewa. Perlumbaan sudah hampir sampai ke gari- san penamat tetapi diarah menarik diri kerana sudah ketinggalan jauh di belakang pendahulu.

"Bagaimanapun, ia pengalaman yang berguna buat saya. Dari sini saya dapat menilai kelemahan yang ada pada saya," kata Adiq semalam.
Menurutnya, banyak lagi kerja perlu dibuat sebelum boleh bersaing dengan jaguh dunia yang lain pada temasya seperti ini.

"Saya perlu bekerja keras dan peluang saya untuk kembali beraksi pada Sukan Olimpik masih ada memandangkan usia saya baru mencecah 21 tahun.
"Memang saya akui masih banyak kekurangan yang perlu diper- baiki berbanding pelumba lain pada temasya kali ini.

"Jarak perlumbaan sejauh 250 kilometer bukan satu masalah buat saya, cuma kita kekurangan dari segi taktikal," katanya.
Menurut pelumba pasukan Champion System itu yang berpangkalan di Belgium, acara lebuh raya pada Sukan Olimpik tidak boleh disamakan dengan perlumbaan jelajah.

"Perlumbaan jelajah banyak peringkat dan kita boleh merangka strategi. Olimpik lain kerana kalau kita kurang pakar dari segi taktikal, peluang memang sangat tipis.
"Kita hanya ada dua orang pelumba berbanding negara lain yang memiliki empat pelumba. Jadi, memang sukar nak rancang strategi," kata Adiq.

Meskipun mengalami kegagalan, Adiq belum mahu berputus asa.
Dia menanam tekad untuk terus bekerja keras bermula dari sekarang agar dapat sekali lagi layak ke Sukan Olimpik.

Selepas ini, Adiq akan pulang ke tanah air sebelum kembali menyertai pasukannya yang beraksi pada satu perlumbaan jelajah di Amerika Syarikat selepas Hari Raya Aidilfitri ini.


 - KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...