"Memang ada perancangan untuk kahwin, tapi (saya mahu) fokus kepada Olimpik dahulu. Lepas Olimpik baru cakap (mengenainya)," katanya kepada pemberita selepas menjalani latihan bersama skuad badminton negara di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, Jumaat.
Beliau berkata bahawa majlis perkahwinannya itu dijadual berlangsung pada tahun depan.
Mengenai isu calon atlet yang layak dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Olimpik, Chong Wei berharap Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat mempertimbangkan lagi perkara itu.
"Namun, ia bukanlah satu isu. Sama ada saya dipilih atau tidak (sebagai pembawa Jalur Gemilang), saya tetap pergi ke majlis perasmian...ini Olimpik terakhir saya," katanya yang akan membuat penampilan ketiga pada temasya sukan terbesar dunia itu.
0 comments:
Post a Comment