Pasukan angkat berat wanita Malaysia telah mencatat sejarah setelah layak ke Sukan Olimpik buat kali pertama dalam sejarah.
Pertandingan di Korea Selatan itu merupakan pertandingan untuk negara-negara yang tidak mendapat kuota daripada acara-acara kelayakan utama - Kejohanan Dunia tahun 2010 dan 2011.
Negara-negara mendapat kuota mengikut mata dari kedudukan mereka dalam pengelasan pasukan, berserta mata yang dicatat di tahun 2010 dan 2011.
Negara-negara yang menduduki tempat pertama ke tempat keenam diberi jaminan mendapat satu kuota dan Malaysia mendapat kuota itu setelah mendapat jumlah 91 mata.
Walau bagaimanapun, pasukan angkat berat lelaki Malaysia tidak layak ke Olimpik setelah mendapat tempat kesembilan.
Jumlah mata yang membolehkan Malaysia untuk mendapatkan kuota telah disumbangkan oleh Fadzil Azizah dan Sharifah Inani Najwa (53kg), Frenceay Titus (58kg) dan Nurjannah Batrisya (atas 75kg).
Sukan angkat berat wanita membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000 dan jurulatih pasukan kebangsaan Mohd Hidayat Hamidon berharap ia akan menjadi permulaan sebuah era baru.
"Kami telah mencapai matlamat kami untuk mendapatkan seorang wanita Malaysia untuk layak berdasarkan merit buat kali pertama.
"Kumpulan ini telah berlatih bersama-sama selama tiga tahun dan mempunyai potensi untuk memberikan persembahan yang baik walaupun mereka masih kurang pengalaman.
"Nurjannah mempunyai peluang terbaik untuk dicalonkan untuk mewakili Malaysia tetapi terpulang kepada Persekutuan Angkat Berat Malaysia untuk membuat keputusan akhir," kata Hidayat, pemenang pingat emas di Sukan Komanwel.
Sukan angkat berat menyertai sukan-sukan lain seperti memanah, badminton, menyelam, berbasikal, fencing, sukan menembak dan sukan layar yang akan mewakili Malaysia di London.
ESPNStar.my
0 comments:
Post a Comment