Pages

Monday, March 12, 2012

Ahmad Sarji Puji Tindakan Chong Wei Tarik Diri Final All England

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Keputusan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menarik diri daripada perlawanan akhir kejohanan All England semalam dipuji Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Beliau berkata pemain nombor satu dunia itu telah meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi apabila melepaskan peluang untuk memenangi gelaran tersebut buat kali ketiga berturut-turut.

"Buat masa ini saya tidak mengetahui sejauh mana seriusnya kecederaan beliau. Saya harap ia akan pulih dengan segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan Boling Padang National Singles 2012 di Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini pada Isnin.

Chong Wei menarik diri akibat kecederaan bahu sekaligus memberi kemenangan kepada lawannnya Lin Dan dari China.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...