Pages

Wednesday, March 28, 2012

'Kontinjen kecil, peluang besar'

 TUNKU Imran (lima dari kiri) dan Arshad Uda (kanan) melakukan gimik nyalakan obor pada pelancaran perjanjian kerjasama antara Maxis dan MOM di Arena Sukan MOM, Jalan Hang Jebat, semalam.
 
TUNKU Imran (lima dari kiri) dan Arshad Uda (kanan) melakukan gimik nyalakan obor pada pelancaran perjanjian kerjasama antara Maxis dan MOM di Arena Sukan MOM, Jalan Hang Jebat, semalam.
 
PENYERTAAN kecil kontinjen negara di Sukan Olimpik, Julai ini tidak pernah membataskan peluang Malaysia merangkul lebih banyak pingat berbanding dua temasya terdahulu di Athens, Greece dan Beijing, China.

Realiti itu disahkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar yang menyifatkan pembabitan atlit negara dalam lima jenis acara kali ini -berbasikal, terjun, menembak, memanah dan badminton - mampu mencipta kejayaan.

“Chong Wei menduduki ranking pertama dunia dan pada kejohanan Seluruh England lalu, dia dilihat lebih baik daripada musuh ketatnya dari China, Lin Dan.
“Selain sasaran diletakkan pada perseorangan lelaki dan beregu lelaki, saya lihat beregu campuran juga berpeluang menghadiahkan pingat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penajaan Maxis kepada MOM, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden MOM, Datuk A Sani Karim, Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi, Ketua Eksekutif Maxis, Sandip Das dan Pengerusi Maxis Berhad, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda.

Sementara itu, Arshad berkata pihaknya akan menyediakan pakej komunikasi kepada semua atlit negara di Sukan Olimpik membabitkan jumlah tajaan RM1,500 setiap seorang.



BERITA HARIAN

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...