Pages

Monday, March 26, 2012

Rakyat Malaysia Dilantik Jadi Hakim Acara Gimrama Di Olimpik London

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) memberi penghormatan terhadap seorang rakyat Malaysia, Paramaspathy Iyakkanoo dengan melantiknya menjadi hakim bagi acara gimrama pada temasya Sukan Olimpik di London pada Julai depan.

Setiausaha kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) N Shanmugarajah berkata Paramaspathy merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Gimrama kebangsaan dan berpengalaman selama 20 tahun sebagai hakim acara tersebut.

"Pengiktirafan pegawai teknikal dari Malaysia itu dapat membantu MGF untuk menyediakan lebih ramai pegawai yang diperlukan dan menetapkan arah tuju gimnas negara," katanya dalam satu kenyataan, Isnin.

Paramaspathy akan mengadili acara gimrama FIG Brevet kategori 2 semasa temasya di London yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos depan.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...