BARU saja pulang ke tanah air selepas menyertai dua Siri Dunia, Dubai dan Beijing, kelmarin. Namun, gandingan ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee sudah mula menjalani persiapan lebih rapi mengejar kedudukan di baki dua Siri Dunia selepas ini.
Pandelela dan Mun Yee gagal konsisten dan sekadar menduduki tangga keempat di Siri Dunia, Beijing, minggu lalu, hingga dianggap terlalu yakin mampu meraih pingat. Pandelela menyumbang pingat gangsa untuk acara 10 meter platform individu di hari pertama saingan.
Bagaimanapun, Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) meletakkan harapan kedua-dua penerjun mampu melakukan yang lebih baik di saingan seterusnya.
Siri Dunia berlangsung 16 Mac-21 April ini diibarat medan utama buat Pandelela dan Mun Yee merapatkan jurang dengan seteru utama, China, sekiranya ingin merealisasikan impian negara meraih pingat emas pertama di Olimpik, Julai ini. Membabitkan empat saingan, kejohanan itu membuka tirai di Dubai (16-17 Mac), Beijing (23-24 Mac), Moscow (13-14 April) sebelum berakhir di Tijuana, Mexico, (20-21 April).
Gandingan Pandelela-Mun Yee berjaya menyumbang pingat perak acara 10 meter platform seirama di siri pertama di Dubai, minggu lalu dan dijangka mampu melakukan penampilan lebih baik di Beijing.
“Di Beijing, Lela dan Mun Yee berada di tangga keempat dengan catatan 322.14 mata. China kekal mendominasi menerusi gandingan serta seteru utama kita, Chen Roulin-Wang Hau 360.66 manakala Paola Espinosa-Alejandra Orozco (Mexico), 327.48, kedua dan Meaghan Benfeito-Roseline Filion (Kanada), 326.10, ketiga,” kata Setiausaha Kehormat Asum, Edwin Chong.
HARIAN METRO

0 comments:
Post a Comment