LONDON, 1 Ogos (Bernama) -- Bersaing dengan juara dunia tujuh kali dalam acara pecut dan berdepan pemenang tiga pingat emas dari temasya Beijing bukan penghalang kepada Mohd Azizulhasni Awang untuk mencari emas pertama Malaysia pada Sukan Olimpik London.
Pelumba yang digelar 'Thepocketrocketman' itu mengakui lebih selesa bergelar underdog di temasya sukan terbesar dunia ini dan akan memulakan saingan dalam acara pecut 200m individu dan keirin pada Sabtu ini.
"Terlalu ramai nama besar dalam acara pecut dan keirin di Olimpik tetapi bukan penghalang kepada saya. Apapun boleh berlaku, apa yang penting, saya fokus untuk memecah kebuntuan pingat," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di Velodrom London yang terletak di Olympic Park, di sini Rabu.
Pelumba berusia 24 tahun kelahiran Terengganu itu akan berdepan juara dunia tujuh kali dari Perancis, Gregory Bauge dalam acara pecut 200m individu serta pelumba tuan rumah, Sir Chris Hoy yang juga pemenang tiga pingat emas dari edisi Olimpik Beijing pada 2008, dalam acara keirin.
Acara pecut akan bermula dari 4 hingga 6 Ogos sementara Keirin berlangsung sehari kemudian, pada 7 Ogos.
Ditanya adakah beliau mendapat rehat yang cukup untuk kedua-dua acara tersebut, Mohd Azizulhasni yang berpangkalan di Melbourne di bawah bimbingan jurulatih kebangsaan, John Beasley, berkata beliau telah bersedia sejak dari Olimpik Beijing lagi.
"Saya layak secara merit dalam kedua-dua acara dan merupakan acara kepakaran saya," katanya.
Di Beijing, empat tahun lepas, cabaran Mohd Azizulhasni tersekat di peringkat separuh akhir acara keirin dengan menduduki tempat kesembilan sementara dalam acara pecut 200m individu, di tangga kelapan.
Bagi pelumba wanita negara, Fatehah Mustafa yang akan beraksi dalam acara keirin wanita meletakkan sasaran peribadi yang tinggi, untuk berada di peringkat akhir acara tersebut.
Pelumba berusia 23 tahun dari Terengganu itu dengan pencapaian terbaik menduduki tempat kelima Kejohanan Dunia di Belanda pada tahun lepas juga merupakan pemenang pingat emas dalam acara keirin pada Kejuaraan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras pada Februari.
Dia memenangi emas itu dengan masa 11.672 saat dan memperbaiki catatan tersebut, sekaligus menjadi rekod peribadi terbaiknya dengan catatan 11.04 saat yang dilakukannya di Kejohanan Dunia di Melbourne, Australia pada April.
Mengenai saingannya di sini, Fatehah mengakui bersaing dengan pelumba yang menduduki ranking terbaik dunia memaksa dirinya lebih gigih berusaha untuk menjadi setaraf mereka.
Daripada Zulhilmi Supaat -- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment