Pages

Sunday, July 1, 2012

Prospek Pungutan Pingat Malaysia Lebih Tinggi Di Olimpik London - Tunku Imran

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Kontinjen negara mempunyai prospek yang lebih baik dalam pungutan pingat pada Sukan Olimpik London bulan depan berbanding di Beijing empat tahun lepas, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar.

Beliau berkata pada temasya yang berlangsung dari 22 Julai hingga 12 Ogos itu, pungutan pingat disasarkan bukan sahaja menerusi acara badminton malah dalam tiga acara lain iaitu memanah, terjun dan berbasikal trek. "Fokus utama MOM dan semua rakyat Malaysia adalah Sukan Olimpik London 2012 yang mana Malaysia mempunyai harapan tinggi memenangi pingat emas pertama Olimpik," katanya semasa berucap pada perhimpunan agung tahunan ke-31 MOM di Wisma MOM di sini.

Sehingga kini, 28 atlet negara berjaya melayakkan diri ke Olimpik London dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 34 atlet selepas enam slot tambahan menerusi renang (tiga), olahraga (dua) dan angkat berat wanita (satu) diputuskan minggu depan.

Tunku Imran berkata MOM juga berharap Kuala Lumpur akan disahkan sebagai tuan rumah persidangan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ke-127 pada 2015.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...