Pages

Tuesday, July 31, 2012

Kien Keat-Boon Heong ke suku akhir sebagai naib juara Kumpulan D

LONDON 1 Ogos - Harapan untuk melihat Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menjuarai Kumpulan D tidak kesampaian apabila tewas kepada beregu No.1 dunia, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae dengan keputusan 16-21, 11-21.

Pada perlawanan terakhir Kumpulan D badminton beregu lelaki Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung pukul 1.30 pagi tadi waktu Malaysia menyaksikan Jae Sung-Yong Dae dari Korea Selatan hanya memerlukan 31 minit untuk menewaskan Kien Keat-Boon Heong bagi menjuarai peringkat kumpulan.

Selepas ini, Kien Keat-Boon Heong yang tetap melangkah ke suku akhir melalui tiket naib juara Kumpulan D dijadual menentang juara Kumpulan B, Bodin Isara-Maneepong Jongjit dari Thailand pada Khamis ini. - UTUSAN


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...