Pages

Sunday, July 1, 2012

Josiah Bawa Cabaran Acara Pecut Di Sukan Olimpik London

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memutuskan pelumba trek senior, Josiah Ng akan menggalas cabaran negara dalam acara pecut pada Sukan Olimpik London 2012, bulan depan.

Manakala Mohd Azizulhasni Awang sebagai pengganti dalam acara pecut dan pelumba utama acara keirin.

Pemilihan dua pelumba itu diputuskan dalam mesyuarat exco pertama PKBM semalam, kata Timbalan Presiden Datuk Naim Mohamad.

"Pemilihan Josiah dan Mohd Azizilhasni dipersetujui oleh ketua jurulatih John Beasley," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dengan pelumba lebuh raya Mohd Adiq Husainie Othman di Bukit Kiara, di sini, Jumaat.

Naim memperjelaskan bahawa bahawa perlu merancang dengan teliti sekira berlaku sesuatu kepada pelumba utama.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...