Pages

Tuesday, July 24, 2012

Jakim Sedia Garis Panduan Untuk Atlet Muslim Ke Sukan Olimpik

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyediakan garis panduan berpuasa bagi atlet Malaysia beragama Islam ketika menyertai temasya Sukan Olimpik London dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata garis panduan berkenaan dibuat dengan penglibatan individu ilmuan serta disemak dan diperakukan oleh Panel Kajian Syariah Jakim.

"Garis panduan ringkas ini bertujuan memberi panduan menurut Islam kepada atlet dan pegawai Malaysia beragama Islam yang menyertai Sukan Olimpik London.

"Secara dasarnya, garis panduan tersebut menjelaskan bahawa meneruskan puasa ketika bermusafir adalah lebih baik. Bagaimanapun, orang yang bermusafir diberi keringanan untuk tidak berpuasa walaupun tidak letih. Sesiapa yang tidak berpuasa ketika bermusafir wajib menggantikan puasa itu pada hari lain," katanya dalam satu kenyataan.

Antara sebab yang membolehkan untuk atlet tidak berpuasa ialah bermusafir, masalah kesihatan dan sukan berprestasi tinggi, katanya.



-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...