Pages

Tuesday, July 24, 2012

Chong Wei Perlu Ambil Serius Setiap Perlawanan Di Olimpik - Razali

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei perlu mengambil serius setiap perlawanan yang dihadapinya pada Sukan Olimpik London yang bermula secara rasmi Jumaat ini.

Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata walaupun undian yang dibuat berpihak kepada pemain nombor dua dunia itu, Chong Wei, 29, tidak harus melihatnya sebagai perlawanan 'pemanas badan' sebelum saingan lebih getir di peringkat seterusnya.

"Saingan pada Sukan Olimpik merupakan antara yang terhebat...jadi beliau (Chong Wei) harus fokus dalam setiap perlawanan yang dihadapinya.

"Beliau perlu melihat setiap perlawanan sebagai perlawanan penentuan (ke peringkat akhir) dan bukannya sebagai medan pemanas badan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Station of Life-The Flame of Sporting Spirit' anjuran Syarikat Prasarana Negara Berhad di Stesen LRT Bukit Jalil di sini, Selasa.

Program yang bermula Ahad lepas sehingga 12 Ogos itu bertujuan menjadikan stesen itu sebagai lokasi mempromosikan semangat kesukanan dalam kalangan warga Lembah Klang.

Pada undian yang berlangsung di London semalam, Chong Wei berdepan laluan selesa mara ke separuh akhir apabila diundi bertemu pemain nombor 45 dunia, Ville Lang dari Finland dalam kumpulan A.



-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...