KUALA LUMPUR - Keterujaan rakyat Sarawak terhadap pemilihan Pandelela Rinong (gambar) sebagai atlet wanita pertama Malaysia membawa Jalur Gemilang Sukan Olimpik London cukup hebat, hinggakan ramai yang menyokong penerjun remaja itu dikurniakan gelaran datuk, termasuk di kalangan menteri di negeri tersebut.
Biarpun Sarawak pernah melahirkan ramai bintang terjun seperti Bryan Nickson Lomas, yang membawa Jalur Gemilang pada Olimpik Athens 2004, namun kemunculan Pandelela, prospek pingat Malaysia di London bagaikan fenomena di negeri itu.
Selepas melihat jaguh badminton, Lee Chong Wei dan bintang skuasy, Nicol David dikurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kerana sumbangan mereka dalam bidang sukan, ramai yang menyokong Pandelela turut diberi penghormatan serupa selepas apa yang disumbangkan oleh atlet bertubuh kecil itu.
Biarpun usianya masih terlalu muda, 19 tahun, namun itu semua bukan halangan, malah mereka mahu Olahragawati 2011 itu melakar sejarah sebagai atlet paling muda dikurniakan gelaran Datuk.
Pandelela ketika ditanya mengenai fenomena yang melanda Sarawak dan keterujaan peminat untuk mengikuti perkembangan kariernya di London, dengan tenang berkata: "Selagi Olimpik belum tiba, saya hanya mahu fokus kepada persiapan temasya dan acara.
"Saya harap, bukan rakyat Sarawak saja, malah semua orang Malaysia menyokong saya dan pasukan terjun negara di London.
"Doakan saya dan rakan-rakan semua sentiasa dalam keadaan terbaik dan dapat memberi persembahan terbaik."
Mengenai, cadangan pelbagai pihak agar dia dikurniakan gelaran Datuk, pemenang emas terjun pertama Malaysia di Sukan Komanwel itu enggan mengulas panjang.
Dia sebaliknya mengharapkan sokongan yang diberi kepadanya tidak sekadar ketika ini tetapi sehingga tamat Olimpik.
"Saya tahu harapan peminat sangat tinggi tetapi saya minta kepada semua, tidak kira apa yang berlaku kepada saya di Sukan Olimpik nanti, tolong teruskan sokongan.
"Seandainya sesuatu yang tidak menggembirakan berlaku, saya harap semua orang memberi sokongan moral kepada saya,'' ujarnya, yang bakal membuat penampilan kedua di Olimpik selepas Beijing 2008.
Pandelela yang ketika ini menjalani latihan bersama pasukan terjun negara di Guangzhou, China akan kembali ke tanah air hari ini, sebelum berlepas ke London pada 23 Julai.
Reputasinya sebagai naib juara Siri Terjun Dunia di belakang juara Olimpik, Chen Ruolin dari China dalam 10 meter platform individu, meningkatkan harapan peminat terhadap peluangnya untuk melakar kejayaan di London.
Selain mencari pingat acara individu, Pandelela, juara Grand Prix Dunia Montreal juga berpotensi memenangi pingat dalam dua lagi acara yang ditandinginya, 10m platform seirama bersama penerjun senior, Leong Mun Yee dan 3m papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoong.
Oleh NORZIE MOHD. KHASBI
norzie.khasbi@utusan.com.my

0 comments:
Post a Comment