Pages

Sunday, July 29, 2012

Suryani dilabel simbol wanita gagah


SURYANI menduduki tempat ke-39 dalam acara air rifle individu wanita pada Sukan Olimpik 2012 di London.


LONDON - "Nur Suryani (Mohamed Taibi) adalah simbol wanita yang memiliki keyakinan dan kesungguhan."

Demikian rumusan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2012 London, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid terhadap ratu menembak negara itu.

Menurutnya, Suryani memiliki kecekalan dan tidak menunjukkan sebarang tanda menyerah mudah.
"Saya menganggap prestasi Suryani pada temasya di London tidaklah teruk sangat. Mata pungutannya juga boleh dikatakan memuaskan.

"Walaupun menduduki tempat ke-39 tetapi dia berjaya menewaskan baki 25 penambak hebat daripada negara lain. Sebab itu saya katakan, prestasinya agak memuaskan," jelas Ahmad Sarji semalam.
Menurutnya: "Kita perlu mengambil kira tekanan yang dihadapi oleh Suryani semasa beraksi pada temasya ini. Dia bukan sahaja menjadi tumpuan media asing, malah kandungannya juga boleh menjejaskan konsentrasinya.

"Tetapi dia mampu mengawal dirinya dengan baik dan ini membuktikan dia memiliki kekuatan mental yang hebat. Jika dia tidak mengandung, saya yakin Suryani boleh melakukan yang lebih baik."
Ahad Sarji juga menyifatkan bahawa Suryani memiliki potensi untuk pergi lebih jauh pada Sukan Olimpik akan datang.

"Banyak faktor yang menjejaskan prestasinya di sini (London). Selain tekanan media asing, dia juga perlu menjaga kandungannya. Sebab itu, saya anggap secara keseluruhannya, prestasi Suryani harus dibanggakan," tambahnya.

Mengulas prestasi skuad memanah yang tersingkir pada peringkat penyingkiran, Ahmad Sarji secara terbuka mengakui bahawa prestasi trio negara itu agak menurun dalam acara berpasukan.
"Memang prestasi mereka semasa latihan agak memuaskan tetapi kita tidak boleh bandingkannya ketika mengharungi pertandingan.

"Ia adalah dua perkara yang berbeza. Semasa pertandingan dijalankan, macam-macam perkara yang boleh mengganggu prestasi mereka," jelas Ahmad Sarji.

Beliau juga menafikan yang pemanah negara yang terdiri daripada Cheng Chu Sian, Khairul Anuar Mohamad dan Haziq Kamruddin tidak memiliki kekuatan mental yang kuat.

"Pemanah kita tidak suka bersikap gelojoh. Mereka tidak menunjukkan keyakinan mereka," katanya.
Ahmad Sarji juga memiliki keyakinan bahawa trio negara itu mampu melakukan yang terbaik dalam acara individu yang bermula hari ini.

Dalam acara berpasukan, skuad memanah negara tewas kepada Mexico dalam persaingan ke peringkat suku akhir.



KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...