Pages

Wednesday, July 25, 2012

OLIMPIK: Atlet Olimpik Perlu Hayati Kisah Perang Badar Sebagai Motivasi

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Atlet negara beragama Islam yang bakal memulakan misi memburu pingat di temasya Sukan Olimpik London pada Jumaat ini perlu menjadikan kisah perang Badar sebagai motivasi dalam menghadapi cabaran bertanding dalam bulan Ramadan.

Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Irwan Mohd Subri berkata kejayaan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat yang berperang dalam keadaan puasa pada peperangan Badar harus dijadikan contoh bagi membina kekuatan diri para atlet negara untuk mengharumkan nama negara di pentas dunia.

"Atlet tidak sepatutnya menjadikan faktor keletihan berpuasa sebagai alasan untuk mereka menjadi lemah, sebaliknya menjadikan kisah perang Badar sebagai pembakar semangat mereka untuk membawa pulang pingat emas pertama negara," katanya kepada Bernama hari ini.

Temasya sukan Olimpik akan bermula dari Jumaat ini hingga 12 Ogos depan iaitu bersamaan dengan 7 hingga 23 Ramadan

Pada temasya sukan sekali dalam empat tahun itu, 10 atlet negara yang beragama Islam terpaksa menghadapi cabaran berpuasa lebih lama iaitu hampir 18 jam berbanding hanya 14 jam di Malaysia.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...