Pages

Sunday, July 29, 2012

Nur Suryani masih aset

Nur Suryani Mohamed Taibi memperkatakan sesuatu kepada suaminya, Marhazli Mhotar selepas berakhir acara 10 meter air rifel di Lapang Sasar Olimpik London 2012, kelmarin. 
 
LONDON - Penembak negara Nur Suryani Mohamed Taibi masih memiliki potensi besar untuk ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 walaupun persembahannya di temasya London 2012 tidak membuahkan hasil, kata ketua kontinjen negara, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. 

Pencapaian penembak negara itu di sini, kelmarin disifatkan masih baik meskipun menduduki tangga ke-34 daripada 59 peserta yang mengambil bahagian dalam acara 10 meter air rifle.

Ahmad Sarji berkata, skor yang diperoleh Nur Suryani hanya memisahkan beberapa mata sahaja daripada penembak lain ekoran daripada saingan yang terlalu sengit.

''Dia mencatat 98, 97, 99, 98 mengikut pecahan skor dan ini adalah antara pencapaian yang baik bertanding di peringkat besar seperti Sukan Olimpik," kata Ahmad Sarji ketika dihubungi di sini, semalam.

Nur Suryani, 29, yang juga pemenang pingat emas Sukan Komanwel Delhi 2010 dan gangsa di Sukan Asia Guangzhou 2012 terpaksa menamatkan saingan lebih awal selepas tiada dalam senarai 10 penembak terbaik untuk ke saingan akhir.

Menurut Ahmad Sarji, faktor keadaan diri atlet itu yang sarat mengandung dan tekanan daripada media asing adalah antara kemungkinan mempengaruhi persembahan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

''Saya ditanya oleh media asing selepas persembahan Nur Suryani dan saya katakan kepada mereka she is the symbol of determination and confidence," ujar beliau. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...