Pages

Wednesday, July 11, 2012

Jadikan Olimpik Medan Harumkan Nama Malaysia - Razif Sidek

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bekas pemain beregu negara, Razif Sidek mahu pemain badminton negara menjadikan Sukan Olimpik sebagai medan terbaik untuk mereka mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Mengambil contoh semangat pemain badminton negara pada era sekitar 1980-an dan 1990-an, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Barcelona 1992 itu berkata semangat juang tinggi yang dipamer oleh pemain badminton negara ketika itu adalah semata-mata mahu melihat nama negara terukir dalam arena badminton dunia.

"Kalau zaman dahulu, kami bermain penuh semangat demi mengharumkan nama negara di arena antarabangsa.

"Ketika saya bermain pada tahun awal 1990-an, tidak banyak insentif yang diberikan oleh mana-mana badan swasta atau kerajaan...tetapi kalau lihat pada masa kini, banyak imbuhan yang menanti atlet negara yang berjaya di peringkat antarabangsa," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pemberian jongkong emas seberat 12.5kg bernilai RM2 juta yang diumumkan Presiden Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam pada Selasa.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...