Pages

Monday, June 18, 2012

Skuad Badminton Mula Jalani Latihan Di Bath University Pada 12 Julai

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Skuad badminton negara yang menggalas cabaran di temasya Sukan Olimpik, London akan menjalani latihan fasa terakhir mereka di Bath University, United Kingdom pada 12 Julai ini.

Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh berkata pemain badminton akan berkampung selama 13 hari di Bath University, yang terletak di Somerset, 156km dari London.

"Mereka akan ke London pada 25 Julai. Senarai nama pemain ke London akan keluar pada hujung bulan ini dan kami kena pastikan mereka ikut program yang telah dirancang.

"Sudah tentunya peranan semua pihak iaitu penyokong dan media penting bagi memastikan atlet kita mempunyai keyakinan untuk mengalas cabaran," katanya kepada pemberita di Stadium Bukit Kiara di sini, Isnin.

Berbaki 39 hari lagi sebelum temasya Olimpik, Kenny berkata pemain perlu diberi tekanan bagi memantapkan lagi persediaan mental dan emosi agar persiapan dapat diperlengkap dengan baik.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...