Pages

Wednesday, June 6, 2012

Azizah lakar sejarah ke Olimpik

Azizah Fadzil
 
KUALA LUMPUR - Azizah Fadzil melakar sejarah sukan angkat berat negara apabila menjadi atlet wanita pertama melayakkan diri ke Sukan Olimpik London, bulan depan.

Azizah, 21, yang merupakan atlet pelapis negara akan bertanding dalam kelas 53 kilogram selepas layak secara merit dengan menempatkan diri di kedudukan lima teratas pada Kejohanan Kelayakan Zon Asia di Korea Selatan, April lalu.

Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Zafarul Akhbar Kassim berkata, penyertaan atlet kelahiran Pulau Pinang itu di Temasya London merupakan sejarah baru sukan angkat berat negara kerana tiada atlet wanita pernah beraksi di Olimpik.

“Walaupun kami berdepan kesuntukan masa PABM cuba mengatur program latihan yang sesuai bagi memastikan Azizah bersedia menghadapi cabaran di London nanti ," kata Zafarul semalam.

Zafarul berkata, PABM bercadang menghantar Azizah menjalani latihan di China dan masih menunggu kelulusan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana pihak persatuan tidak mempunyai dana mencukupi bagi menampung kos tersebut.

Beliau berharap pihak MSN segera meluluskan permohonan tersebut bagi memastikan Azizah mendapat latihan secukupnya menjelang 50 hari lagi bermulanya Sukan Olimpik London.



- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...