Pages

Thursday, August 2, 2012

Hajat Cai Lin tidak kesampaian


Cai Lin


SEMALAM, ada dua cerita berbeza yang dilakar oleh atlet negara selepas seminggu bersaing pada Sukan Olimpik 2012 di London.

Pertamanya, kegembiraan pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong melangkah ke pusingan separuh akhir dalam acara badminton beregu lelaki.

Keduanya, hajat Khoo Cai Lin untuk mencipta rekod peribadi terbaik dalam acara 800 meter gaya bebas wanita pada temasya di London ini tidak kesampaian.

Dia sekadar melakukan catatan masa 8:51.18 saat ketika bersaing dalam saringan kedua acara kegemarannya itu untuk menduduki tempat keenam, sekali gus tersingkir daripada persaingan.
Cai Lin yang memegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 8:45.36s yang dilaku- kannya pada Sukan SEA 2009 di Laos, memang tidak diberi harapan untuk meraih sebarang kemenangan dalam acara tersebut.

Meskipun terkeluar awal, dia tidak berasa kecewa kerana pemilihannya ke temasya kali ini dibuat pada saat-saat akhir.

Persediaannya untuk menghadapi temasya sukan terbesar dunia ini juga tidak mencukupi dan atas alasan itu dia tidak memikirkan untuk pergi lebih jauh dalam acara kegemarannya.
Misinya di Olimpik hanyalah untuk mengatasi catatan masa peribadi terbaik tetapi ia tidak dapat direalisasikan.

Dengan kekalahan tersebut, misi sukan renang negara pada Sukan Olimpik sudah berakhir.
Perjuangan kontinjen negara kini hanya terletak pada sukan badminton, lumba basikal serta terjun. Pelayaran setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengukir kejayaan.
Hari ini, jaguh lumba basikal trek wanita, Fatehah Mustapha akan memulakan saingannya dalam acara keirin wanita.

Meskipun prestasi Fatehah dilihat belum mampu untuk membawanya ke final tetapi dia tetap menanam tekad untuk melangkah sehingga ke separuh akhir.

"Saya sudah bersedia dan tiada perasaan gementar untuk menyaingi pelumba terbaik dunia. Sata tetap memburu tempat ke separuh akhir dan selepas itu baru boleh fikir final," katanya.
Selain Fatehah, acara lumba basikal trek negara turut digalas oleh Mohd. Azizulhasni Awang yang akan memulakan kempennya esok.



- KOSMO

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...