Pages

Monday, August 6, 2012

OLIMPIK: Fatehah Mustafa Sungkur Pada Pusingan Awal


LONDON, 4 Ogos (Bernama) -- Pelumba tunggal wanita negara Fatehah Mustafa tersingkir awal apabila gagal mendapat tiga tempat utama dalam pusingan pembukaan acara keirin di Sukan Olimpik 2012 di sini, Jumaat.

Fatehah hanya mampu menduduki tempat kelima daripada enam pelumba dalam saingan 2 acara itu.

Tiga pelumba yang berjaya mara ke pusingan kedua daripada saringan tersebut ialah pelumba Perancis, Clara Sanchez of France, Natasha Hansen (New Zealand) dan pelumba Venezuela Daniela Grefui Larreal.

Hanya tiga pelumba terbaik daripada setiap saringan layak ke pusingan kedua.

Pengurus pasukan Datuk Naim Mohamad berkata Fatehah kelihatan tergamam bila berlumba dengan atlet-atlet yang lebih berpengalaman di temasya ini.

"Walaupun dia biasa bersaing dengan mereka di Kejohanan Dunia, namun bila tiba di saingan Olimpik, Fatehah seolah kehilangan arah," katanya kepada Bernama.

Harapan skuad berbasikal untuk meraih pingat kini terletak sepenuhnya kepada pelumba sensasi trek Mohd Azizulhasni Awang yang akan memulakan cabaran acara pecut.

Daripada Zulhilmi Supaat -- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...