Pages

Monday, June 25, 2012

Olimpik: MOM Tunggu Surat Jemputan Daripada IAAF Dan FINA



KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) masih menunggu surat jemputan daripada Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) dan Persekutuan Olahraga Dunia (IAAF) mengenai dua slot jemputan kepada atlet negara ke Sukan Olimpik London, Julai ini.

Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi berkata sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang jawapan daripada kedua-dua badan induk sukan tersebut.

"Kita bagaimanapun berkeyakinan bahawa kita akan mendapat dua slot dalam dua acara tersebut memandangkan dua badan induk sukan tersebut menawarkan tempat kepada kita untuk mencukupkan kuota atlet bertanding di London," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Isnin.

Sukan renang dan olahraga diberikan dua slot jemputan, masing-masing satu dalam acara lelaki dan wanita oleh kedua-dua badan induk sukan tersebut bagi mencukupkan kuota atlet bertanding di London.

Sieh berkata beliau telah menerima surat pencalonan daripada Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Edwin Chong mengenai senarai pendek lima perenang yang akan mengisi dua slot tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...