Pages

Monday, June 25, 2012

Olimpik: Format Round Robin Bantu Chong Wei Kembali Kompetitif

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Format 'round robin' yang akan diguna pakai pada perlawanan badminton di temasya Sukan Olimpik akan memberi ruang kepada Datuk Lee Chong Wei untuk kembali kompetitif selepas terlepas dua kejohanan Siri Super sebelum ini.

Jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock berkata selepas cedera pada pertandingan Piala Thomas dan terlepas kejohanan Premier Siri Super Terbuka dan Terbuka Singapura, Chong Wei yang kini masih dalam proses pemulihan fizikal dan mental, amat memerlukan perlawanan kompetitif untuk kembali ke tahap permainan sebenarnya.

"Format round robin bagus untuk pemain profesional sebab mereka boleh anggap itu sebagai pemanas badan. Chong Wei perlu fokus pada setiap perlawanannya. Sekarang ini, fokus yang penting," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stadium Juara di sini, Isnin.

Mengikut format baharu acara badminton yang bermula dengan edisi Sukan Olimpik di London, pada pusingan awal bagi acara perseorangan, pemain akan dibahagi kepada 16 kumpulan dengan setiap kumpulan dibarisi empat pemain yang bersaing dalam perlawanan round robin.

Hanya juara setiap kumpulan kemudian akan bersaing dalam pusingan kalah mati.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...