KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan telekomunikasi, Telekom Malaysia Berhad (TM) bakal menawarkan sejumlah wang tunai lumayan kepada atlet negara yang berjaya meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik di London, Julai ini.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan TM Datuk Rozalila Abdul Rahman berkata habuan wang tunai, yang jumlahnya belum diketahui, akan diberikan kepada atlet yang layak. Pihaknya masih mengadakan perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
"Kami masih mengadakan perbincangan bersama MOM dan juga MSN mengenai kuantum (jumlah sebenar wang tunai)...apa yang saya boleh katakan, kami akan memberikan imbuhan lumayan kepada atlet negara yang berjaya memenangi pingat emas pada Olimpik nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis TM meraikan Olympian negara ke Sukan Olimpik London, di sini, Jumaat.
Rabu lepas, sebuah syarikat perabot tempatan iaitu 3V Holdings Sdn Bhd menawarkan ganjaran RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya membawa pulang emas Olimpik pertama negara.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dilaporkan berkata jumlah wang tunai itu akan dibahagikan sekiranya terdapat lebih daripada satu pemenang pingat emas atau dibawa ke Sukan Olimpik 2016 di Brazil sekiranya tiada atlet yang meraih pingat emas di London.

-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment