KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mengingatkan penerjun negara agar tidak membuat kesilapan ketika saringan awal acara itu di Sukan Olimpik 2012 di London.
Setiausaha Kehormat ASUM Edwin Chong berkata di atas kertas, penerjun negara terutama yang berpengalaman beraksi di edisi Olimpik sebelum ini, berpeluang cerah untuk meraih pingat acara masing-masing.
"Saya percaya atlet kita akan cuba sedaya upaya mereka di sana. Peluang ke peringkat akhir memang ada sekiranya mereka tidak membuat kesilapan pada kejohanan itu nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Chong berkata meskipun ratu terjun negara Pandelela Rinong menjadi sasaran meraih pingat emas pertama negara, beliau tetap yakin penerjun lain juga mempunyai peluang dan kelebihan masing-masing.
Setakat kini, lapan penerjun serta perenang perairan terbuka negara, Heidi Gan telah menempah tiket ke London.

-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment