KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Usaha sedang dilakukan bagi mendapat tiket penerbangan untuk suami kepada penembak negara Nur Suryani Mohd Taibi yang sedang mengandung bagi bersamanya di Sukan Olimpik London.
Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata tiket masuk menyaksikan pertandingan juga sedang diusahakan untuk Marhazli Mhotar.
Kesungguhan, ketahanan dan dedikasi Nur Suryani menghadapi cabaran ketika sedang mengandung untuk menyertai pertandingan berprestij itu sangat disanjung, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
"Oleh itu kerajaan akan memberi sokongan penuh dan bantuan bagi membolehkannya bertanding di Olimpik London," kata kementerian.
Nur Suryani, 30, akan mengandung lapan bulan ketika bertanding dalam acara 10m Air Rifle pada 28 Julai ini.

0 comments:
Post a Comment