Pandelela Rinong
Atlet kelahiran Sarawak itu bangkit mengutip 379.70 mata untuk memintas penerjun tuan rumah, Roseline Filion (363.85), di tangga kedua dan peserta Australia, Melissa Wu (360.85) ketiga, sekali gus mengungguli acara kegemarannya, 10 meter platform individu wanita.
Memegang status sebagai penerjun nombor tiga dunia, Pandelela awalnya mencatat 343.50 di separuh akhir B selepas mengumpul 343.50 mata, di belakang jaguh China, Li Kang (362.30) dan Brittany Broben, dari Australia, 348.10.
Kejayaan itu sekali gus memberi bayangan awal skuad terjun mampu menyumbang pingat Sukan Olimpik London.
Apatah lagi, kelmarin, Bryan Nickson Lomas dan rakan segandingan, Huang Qiang, mengutip emas pertama dalam acara acara 3m papan anjal seirama.
Bagaimanapun, Huang Qiang gagal mencipta satu lagi kejayaan apabila sekadar berada di tangga keempat acara 3m papan anjal individu lelaki dengan catatan 462.75 mata di final.
Dia awalnya menduduki tempat ketiga dengan catatan 424.85 mata pada separuh akhir A di belakang Alexandre Despatie dari Kanada (481.20) dan Javier Illana (451.10) dari Sepanyol.
Tetapi, tuah lebih memihak kepada Ethan Warren dari Australia yang mengutip 511.75 mata untuk berada di tangga pertama, diikuti Despatie (497.20) kedua dan Illana 482.60 ketiga di final.
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my
0 comments:
Post a Comment