SEMPENA temasya Olimpik yang berbaki kurang 80 hari saja lagi, Media Prima Berhad (MPB), melancarkan inisiatif baru dinamakan ‘Impian Emas Negara’, semalam, demi menyokong sasaran negara menuai pingat emas pertama Malaysia di London, Julai ini.
Langkah ini juga secara tidak langsung memberi inspirasi buat atlet negara ke Olimpik yang berlangsung dari 27 Julai hingga 12 Ogos, sekali gus menaikkan lagi semangat mereka melonjakkan lagi nama Malaysia di pentas dunia.
Lebih menarik, penonton turut berpeluang menyaksikan Olimpik secara langsung dengan menyertai peraduan Media Prima, ‘Chief Olympic Correspondent’ dengan tiga pemenang bertuah penerbangan ke London dengan segala perbelanjaan mereka akan ditanggung . Mereka yang berminat menyertainya boleh melayari www.impianemasnegara.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.
“Inisiatif ini bertujuan membawa sokongan orang ramai sekali gus menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam acara terpenting negara seperti ini.
“Impian Emas Negara akan menyajikan pelbagai jenis aktiviti yang mana ia akan menjadi jambatan kepada jurang di antara orang ramai dan atlet serta memberi peluang kepada mereka untuk menjadi sebahagian daripada Sukan Olimpik London 2012,” kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Studio Primeworks, Ahmad Izham Omar.
‘Impian Emas Negara’ dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Lebih menarik, upacara perasmian diadakan secara langsung menerusi Buletin Utama TV3, malam tadi.
Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my

0 comments:
Post a Comment