Yu Peng Kean
"SAYA amat terperanjat apabila diberitahu saya sudah layak ke Sukan Olimpik,” kata Yu Peng Kean yang megah layak atas merit ke temasya London 2012. Kelayakan atlit lawan pedang negara acara sabre berusia 21 tahun ke pentas elit, Julai ini disebut berpandu kepada kiraan mata serta kedudukan tempat ke-9 dan ke-7 pada Kejohanan Asia 2010 dan 2011
Sukan lawan pedang negara mencipta bangga membuat penampilan kedua menyertai sukan Olimpik selepas kemarau 48 tahun.
Ronnie Theseira menjadi atlit lawan pedang terakhir mewakili negara dalam acara foil, epee dan sabre individu di Tokyo pada 1964.
Selain Peng Kean, satu lagi atlit Asia terakhir berjaya layak atas merit adalah Chung Hin Lam dari Hong Kong.
Apa pun, khabar ceria itu dibayangi faktor kecederaan lutut kiri yang melanda atlit dari Johor itu tapi dia yakin akan pulih dalam tempoh tiga bulan sebelum berlepas ke London.
Peng Kean cedera ketika beraksi di Kejohanan Lawan Pedang Asia di Seoul, tahun lalu tapi dia tidak mahu ia menjadi penghalang memenuhi cita-cita untuk beraksi buat pertama kali dalam Sukan Olimpik.
Mengulas mengenai persediaannya, pelajar jurusan Sumber Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) dan berada di ranking ke-69 dunia itu berkata, dia masihbelum mempunyai perancangan untuk latihan seterusnya kerana jurulatihnya kini bersama skuad lawan pedang negara di China untuk latihan intensif bermula semalam hingga hujung bulan ini.
“Saya tidak dapat mengikuti latihan itu bersama rakan lain kerana ketika ini saya perlu menjalani fisioterapi di Institut Sukan Negara (ISN) dan perlu berehat untuk memulihkan kecederaan yang saya alami,” katanya.
Dengan kehadiran Peng Kean, jumlah atlit yang sudah layak ke London setakat ini adalah 16, termasuk lapan dari acara terjun yang membentuk jumlah paling ramai
0 comments:
Post a Comment