Pages

Thursday, June 21, 2012

Noraseela Dan Lee Calon Olahraga Ke Olimpik Melalui Wild Card

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mencalonkan atlet 400m lari berpagar, Noraseela Khalid dan atlet lompat tinggi lelaki, Lee Hup Wei untuk ke temasya Olimpik, London melalui penyertaan 'wild card'.

Presiden KOM Datuk Seri Shahidan Kassim berkata nama dua atlet tersebut telah dihantar kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) pada 15 Jun lepas.

"KOM perlu hantar seorang lelaki dan seorang wanita bagi penyertaan wild card. Kini mereka berada di Jerman bagi menjalani latihan intensif dan menyertai kejohanan," katanya ketika dihubungi Bernama Khamis.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan berdasarkan 'wild card' itu tidak akan dilaksanakan sekiranya atlet lompat bergalah, Roslinda Samsu dan atlet 110 meter lelaki, Rayzam Shah Wan Sofian, layak ke temasya Sukan Olimpik berdasarkan merit melalui penyertaan di kejohanan antarabangsa.

"Rosalinda dan Rayzam Shah difahamkan sedang menyertai kejohanan di Reid, Austria bermula 16 Jun lepas dan keputusan sama ada mereka layak atau tidak akan dimaklumkan oleh IAAF pada 8 Julai depan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...