Atlet yang berasal dari Pulau Pinang itu tidak menafikan bahawa beliau akan menerima cabaran yang lebih hebat apabila perlu menandingi pesaingnya dari negara China, Rusia dan Kazakhstan bagi kategori 53kg wanita.
"Dapat layak ke Olimpik adalah perkara paling manis dalam hidup saya. Saya percaya dengan menyertai sukan terbesar seperti itu, saya dapat banyak pendedahan dan bagi saya itu yang penting untuk meningkat prestasi semasa.
"Saya lebih tumpukan untuk membuat rekod terbaik daripada sebelum ini iaitu 97kg bagi acara Clean & Jerk dan 79kg bagi acara Snatch. Saya sentiasa sasar untuk memecah rekod peribadi dan kebangsaan pada setiap kejohanan terbesar yang saya sertai," katanya ketika ditemui Bernama di pusat latihan angkat berat Majlis Sukan Negara (MSN) di sini, Jumaat.
Berbaki enam minggu lagi sebelum menggalas cabaran di London, Azizah berkata beliau kini giat menjalani latihan pusat di MSN dan mengikuti program disediakan oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), jurulatih dan MSN.
-- BERNAMA
0 comments:
Post a Comment