Pages

Monday, June 18, 2012

Semua Atlet Perlu Sokong Mereka Yang Terpilih Ke Olimpik - Razali Ibrahim

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Semua atlet, sama ada terpilih atau tidak menggalas cabaran ke temasya Sukan Olimpik London, perlu memberi sokongan kepada rakan lain bagi membantu mereka merealisasi pungutan pingat untuk negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata setiap persatuan pasti membuat pemilihan atlet mereka dengan tepat untuk menyahut cabaran dan mengharumkan nama negara di temasya sukan peringkat antarabangsa itu pada Julai depan.

"Mewakili negara dalam Sukan Olimpik, bukan sahaja melibatkan atlet tetapi suara sokongan seluruh rakyat Malaysia.

"Ini bukan soal individu, tetapi ini soal siapa yang betul-betul layak mewakili negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada perlawanan persahabatan antara Kementerian Belia dan Sukan dengan pasukan Kedutaan Poland di padang Turf Sintetik, Majlis Sukan Negara di sini Isnin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelumba lebuh raya kebangsaan Mohd Hariff Salleh yang mempertikai keputusan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kerana tidak menyenaraikannya ke temasya Olimpik London.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...