Pages

Sunday, April 1, 2012

Malaysia Dijangka Hantar Antara 20 Hingga 23 Atlet Ke Sukan Olimpik - Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Malaysia dijangka membariskan antara 20 hingga 23 atlet pada temasya Sukan Olimpik London 2012 dari 27 Julai hingga 12 Ogos ini, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya persiapan atlet menghadapi temasya sukan itu berjalan lancar namum beliau kecewa dengan skuad hoki negara yang gagal menempah tiket ke London.

"Tetapi senarai pemain badminton ke Sukan Olimpik hanya akan diputuskan pada Mei nanti," katanya pada sidang media di Kelab Golf Rahman Putra di sini Sabtu.

Sebelum itu, beliau memberi sumbangan RM20,000 kepada kelab itu bagi program pembangunan sukan golf junior serta mengenang jasa bekas timbalan perdana menteri, Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba, yang banyak memberi sumbangan terhadap sukan itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...