Pages

Wednesday, July 11, 2012

KBS Sokong Inisiatif Syarikat Korporat Tawarkan Insentif Kepada Pemenang Emas Olimpik Negara

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan sentiasa menyokong inisiatif pihak swasta dan badan korporat yang menawarkan insentif khas kepada atlet negara yang memperoleh pingat emas Olimpik pertama negara di London, hujung bulan ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang memuji inisiatif sedemikian, mahu insentif berkenaan menjadi perangsang kepada semua atlet untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka pada temasya sukan berprestij itu.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada beberapa pihak yang sudi menawarkan habuan kepada atlet negara yang berjaya membawa pulang pingat emas Olimpik pertama negara... saya berharap lebih ramai lagi syarikat swasta tampil," katanya kepada Bernama selepas ditemubual dalam program bual bicara Hello Malaysia yang dihoskan oleh Sherkawi Jirim di sini, malam Selasa.

Sehingga kini, sejumlah RM4 juta ditawarkan beberapa pihak termasuk tawaran sebuah jongkong emas bernilai RM2 juta yang diumumkan Presiden Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) Datuk Seri Andrew Kam dalam acara badminton, hari ini.

Baki RM2 juta lagi disumbang oleh kerajaan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) serta syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd, baru-baru ini.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...